fbpx
Gambar yang dimuat naik oleh Cakewhvtt di Threads.

Wanita panik, lebah kerumun cermin kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita cemas apabila sekumpulan lebah memilih keretanya yang diletakkan di tempat letak kenderaan sebagai ‘rumah baharu’.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di aplikasi Threads oleh pengguna Cakewhvtt, kejadian tersebut disedari ketika dia yang berada di tempat kerja mahu pulang ke rumah.

Katanya, dia berasa terkejut apabila mendapati cermin sisi pemandu dikerumuni ratusan ekor lebah sehingga membentuk sarang yang besar.

“Dalam banyak-banyak kereta, kereta aku juga dia nak buat sarang. Tiba-tiba aku jadi panik dan tidak tahu nak buat apa. Nasib baik abang polis ada. Dia tolong telefon (hubungi) pihak berkuasa untuk bantu.

“Aku tinggalkan kereta, ingat nak tunggu bomba atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) datang selesaikan tapi esok syif pagi, aku balik dululah,” ujarnya.

Sementara itu, dalam kemas kini terbaharu pagi tadi, wanita itu memaklumkan serangga tersebut dipercayai ‘dihapuskan’ dengan semburan khas oleh pihak berkuasa.

“Tapi ada juga dua tiga ekor lebah yang terbang di kawasan kereta aku (ketika) ini. Kena pergi cuci kereta sekejap lagi,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan kebimbangan dengan kejadian yang berlaku.

“Sepatutnya jangan bakar, lagi bagus kalau pihak penyelamat lebah (bee saviour) dipanggil untuk memindahkan serangga tersebut dengan selamat kerana ia penting untuk ekosistem makanan,” cadang Ruhilrosly. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN