fbpx

Penyanyi metal jual kasut batik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasut sarung Siri Lagenda Sarawak Sneakers.

PETALING JAYA – Kemakmuran ekonomi dan kepelbagaian budaya Keluarga Malaysia memberi inspirasi kepada seorang penyanyi metal, Ramzee Abd. Hamid untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjual kasut bermotifkan batik.

Vokalis bank Sil Khannaz berusia 53 tahun ini menawarkan kasut sarung/sneakers berjenama Hailey, iaitu sebuah jenama tempatan yang membawa visi untuk menerapkan warisan seni dan budaya Borneo dalam bentuk lebih moden, terutamanya dalam pemakaian generasi baharu.

Menurut Ramzee, produk sulung jenama yang diasaskan pada Januari 2022 itu ialah Siri Lagenda Sarawak Sneakers, yang kini turut dipamerkan sempena Hari Kraf Kebangsaan sehingga 7 Mac ini di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Ramzee menceburi bidang perniagaan didorong minat dalam seni seni batik cetak dan kraf tempatan.

Jelasnya, koleksi berkenaan yang menampilkan lima siri kasut dihasilkan menggunakan material tulen dari kain batik blok/cetak yang ditempah daripada seorang pengusaha batik Sarawak yang berpangkalan di Kuching.

“Antara yang ditawarkan ialah siri Rentap yang mengetengahkan corak bermotifkan Orang Ulu, Sharif Masahor yang menampilkan batik Sarawak bermotif Pua Kumbu serta Kanang, yang memperlihatkan corak batik Sarawak bermotif Orang Ulu.

“Terdapat juga siri yang sesuai dikenakan kaum Hawa dengan menggunakan warna lebih feminin, iaitu Puteri Santubung yang menampilkan corak batik Sarawak bermotif Orang Ulu, manakala siri Puteri Sejinjang menampilkan corak batik Sarawak Pua Kumbu,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Siri Lagenda Sarawak Sneakers juga sesuai digayakan oleh kaum wanita.

Ramzee menambah, kesemua siri kasut berkenaan sedia dijual di pasaran pada harga antara RM169 dan RM179 sepasang, termasuk kos penghantaran.

“Pelanggan yang hadir membeli di kaunter jualan kami di Kompleks Kraf Malaysia pula akan menerima potongan harga sebanyak RM30,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI