fbpx
KAMBING bernama Gracie membantu dua pegawai polis untuk menjejaki suspek. – HCSO

Kambing bantu polis kejar suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLANTA, GEORGIA – Polis telah memuji seekor kambing yang turut serta dalam operasi penangkapan seorang suspek kes curi yang melarikan diri, lapor akhbar Mirror UK.

Kambing bernama Gracie itu membantu dua timbalan syerif untuk mengesan suspek yang melarikan diri dengan berjalan kaki di kawasan Fieldale, daerah Georgia, Amerika Syarikat (AS).

Timbalan syerif, David Parnell terserempak dengan suspek pada 13 Februari ketika menyiasat sebuah kes berkaitan serangan domestik.

Ketika dia mengejar suspek di sepanjang pagar dan melintasi padang, kambing itu secara tiba-tiba datang dari kawasan berhampiran lalu mula menyertainya. 

Parnell dan Gracie keluar dari pagar lalu kambing itu berlari di hadapan dan mengikut suspek ke dalam hutan. Suspek kemudiannya berjaya ditangkap oleh dua pegawai berkenaan.

Pejabat Syerif Daerah Henry yang menyiasat kes berkenaan kemudian mengucapkan terima kasih kepada Gracie atas bantuannya mengejar suspek. 

Kapten Scott Baker berkata bahawa Parnell kemudian memulangkan kambing itu kepada pemiliknya selepas kes diselesaikan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN