fbpx

Jenazah warga emas dikebumi di kampung sebelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah (kiri) turut mengharung banjir untuk mengebumikan jenazah Sulong di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jal Kechik, Tumpat petang tadi.

TUMPAT – Jenazah seorang warga emas di Kampung Kajang Sebidang sini terpaksa dibawa menaiki bot sejauh dua kilometer untuk dikebumikan di tanah perkuburan kampung sebelah selepas kawasan itu masih terjejas banjir.

Jenazah Sulong Ahmad, 88, dibawa dengan bot Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor dari rumahnya ke Tanah Perkuburan Kampung Jal Kechik di sini dengan diiringi dua ahli keluarga.

Cucu arwah, Shahril Mohd. Othman, 19, berkata, arwah datuk sepatutnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di kampung berkenaan, namun keputusan itu terpaksa diubah saat akhir.

“Arwah meninggal dunia pada pukul 10 pagi tadi akibat sakit tua. Jenazahnya tidak dapat dikebumikan di kampung ini selepas banjir masih memenuhi kawasan tanah perkuburan.

“Semua ahli keluarga membuat keputusan untuk mengebumikan arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jal Kechik, namun jenazah perlu dibawa menaiki bot bagi meredah kawasan kampung yang seperti lautan akibat banjir.

“Kami menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan membawa keluar jenazah sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke Kampung Jejulok di sini kerana van menunggu di sana,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI