fbpx
NEELOFA dan Haris.

Alasan tak tunjuk wajah Bilal, Haris risau penyakit ain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Gara-gara masih tidak dapat melihat wajah Muhammad Bilal selepas sebulan dilahirkan, netizen menuduh pasangan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail sebagai kedekut.

Dakwa netizen, pasangan itu tidah habis-habis mahu berahsia, baik berhubung kehamilan sehingga telah lebih sebulan anak sulung mereka dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Menjawab soalan popular itu ketika menghadiri program MeleTOP malam tadi, Haris atau dikenali dengan Pencetus Ummah (PU) Riz berkata, dia dan Neelofa tidak menyembunyikan wajah anak, sebaliknya berjaga-jaga dengan penyakit ain.

“Sebenarnya tak ada masalah nak tunjuk anak, tapi kami khuatir. Saya jawab dengan hadis yang menyentuh tentang melihat benda yang menakjubkan tetapi tidak menyebut nama dan memuji ciptaan Allah.

“Saya khuatir berapa ramai orang yang tengok (anak kami) tapi terlepas tak sebut nama Allah. Ramai yang tengok, saya takut. Saya baru tahu, bila anak sakit, bapa boleh jadi mental tau,” jawabnya.

Sebelum ini, ibu Neelofa iaitu Noor Kartini mendedahkan keluarga terdekat mereka juga belum berkesempatan melihat wajah cucunya itu.

Noor Kartini memberitahu, Neelofa sendiri memilih pendekatan tidak terlalu mahu berkongsi wajah putera sulungnya kepada umum termasuk saudara terdekat.

Sejak Muhammad Bilal dilahirkan, rata-rata peminat tidak sabar menantikan pendedahan wajah Muhammad Bilal yang digelar sebagai bayi popular.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

POPULAR