fbpx

7 premis judi dipotong bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A.A Anbalagan (tengah) memantau kakitangan TNB memotong bekalan elektrik sebuah premis yang dijadikan pusat aktiviti perjudian di Serdang Jaya hari ini.

SERDANG – Sebanyak tujuh premis di sekitar daerah ini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas terlibat dalam aktiviti perjudian.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, tindakan pemotongan bekalan elektrik itu dilakukan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Hari ini pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dengan kerjasama TNB dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjalankan pemotongan bekalan elektrik di tujuh premis di daerah ini yang dikesan menjalankan aktiviti perjudian online.

“Bagi tempoh 2021, sebanyak 182 premis telah dipotong bekalan elektrik hasil daripada risikan dan aduan orang awam manakala Januari 2022 hingga hari ini pula, sebanyak 38 serbuan melibatkan kesalahan berkaitan judi online dibuat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anbalagan memberitahu, kebanyakan sindiket menjadikan kawasan rumah kedai untuk menjalankan aktiviti judi online dan pemilik premis yang ingin membuat pemasangan semula bekalan elektrik perlu membuat permohonan kepada TNB.

“Kebanyakan operasi dijalankan di rumah kedai untuk memudahkan kegiatan perjudian dalam talian mereka.

“Di bawah Akta Perjudian 1953, pemilik premis yang ingin menyambung semula bekalan elektrik perlu membuat permohonan kepada TNB dengan rujukan pihak polis bahawa tiada lagi operasi sindiket perjudian dalam talian dijalankan di premis mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI