fbpx

Tumor kelenjar air liur hampir 3kg berjaya dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhd. Shaiful berkongsi pengalamannya melakukan pembedahan mengeluarkan tumor kelenjar air liur seberat hampir 3kg daripada bahagian leher pesakit.

PETALING JAYA – Tumor kelenjar air liur seberat hampir tiga kilogram (kg) berjaya dikeluarkan daripada leher pesakit menerusi pembedahan yang dijalankan.

Pendedahan ini dibuat oleh seorang Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Muhd. Shaiful Nizam dan dikongsi di laman Twitter miliknya baru-baru ini.

Menurut beliau, pesakit telah menanggung penyakit ketumbuhan ini selama hampir lapan tahun dan kemudian membuat keputusan untuk menjalani pembedahan kerana sukar untuk menunaikan solat.

“Ketumbuhan dibahagian leher beliau sudah hampir lapan tahun.

“Pada peringkat awal hanya sekecil 4 sentimeter (cm) x 5cm, tetapi kini telah membesar sehingga 20cm x 30cm,” katanya.

Menerusi ciapan yang dimuat naik, beliau memaklumkan bahawa selama 11 tahun perkhidmatannya sebagai doktor, ini merupakan pengalaman pertama beliau dalam pasukan pembedahan mengeluarkan ketumbuhan seberat itu.

“11 tahun bergelar doktor, ini kali pertama saya terlibat dalam pasukan pembedahan mengeluarkan ketumbuhan kelenjar air liur seberat hampir 3kg,” kongsinya.

Jelas beliau, perkongsiannya di media sosial ini telah mendapat kebenaran dan persetujuan daripada pesakit itu sendiri bagi tujuan pembelajaran serta info kesihatan.

Tambah Dr. Muhd. Shaiful, pembedahan yang berjalan selama lima jam itu turut dibantu oleh Pakar Perunding, Pembedahan Kepala dan Leher, Profesor Razif dan pasukan perubatan yang lain.

“Pembedahan kami selama lima jam berjaya tanpa sebarang komplikasi yang serius,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau sempat memesan kepada orang ramai jika terdapat sebarang ketumbuhan pada mana-mana anggota badan harus segera mendapatkan pemeriksaan pakar dan jangan dibiarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI