fbpx

23,100 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes positif Covid-19 yang dilaporkan semalam.

PUTRAJAYA – Jumlah pesakit baharu yang disahkan positif Covid-19 terus menurun dengan semalam mencatatkan sebanyak 23,100 kes berdasarkan data pada laman web CovidNow.

Daripada kes harian yang dilaporkan semalam, sebanyak 298 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 negara sebanyak 3,442,736 kes.

“Mengikut pecahan negeri-negeri, kes semalam dilaporkan Selangor (6,098 kes), Kedah (2,782 kes), Johor (2,367 kes), Sabah (2,174 kes), Pulau Pinang (1,728 kes), Perak (1,335 kes), Pahang (1,147 kes), Negeri Sembilan (1,032 kes) dan Kelantan (1,200 kes).

“Seterusnya Kuala Lumpur (968 kes), Terengganu (756 kes), Melaka (575 kes), Sarawak (442 kes), Perlis (195 kes), Labuan (173 kes) dan Putrajaya (128 kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, terdapat 75 kes kematian Covid-19 dengan jumlah kematian terkini sebanyak 32,749 kes manakala, sebanyak 20 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,710 kes.

Sebanyak 293,423 kes aktif dilaporkan melibatkan 281,714 kes dikuarantin di rumah, 3,467 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,881 kes di hospital, 168 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 193 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI