fbpx

‘Rider’ tegar kayuh basikal lintas kereta kebal Rusia di Kiev

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan situasi ketika seorang lelaki berani menunggang basikal di jalan raya ketika pencerobohan tentera Rusia di Kiev. – CNN Portugal

KIEV – Seorang lelaki di Ukraine mendapat perhatian netizen apabila bertindak meneruskan kehidupannya seperti biasa dengan menunggang basikal walaupun dikelilingi kereta-kereta kebal dan tentera Rusia yang menceroboh. 

Video yang dimuat naik oleh stesen penyiaran CNN Portugal itu dirakam dalam kejadian yang berlaku di sekitar ibu kota Ukraine, Kiev.

Lelaki yang lengkap dengan peralatan berbasikal itu tanpa gementar dilihat berbasikal di jalan raya yang kelihatan lengang tanpa kenderaan.

Muat naik itu kemudian dikongsikan di laman 9gag dan mendapat pelbagai komen netizen.

“Apabila peperangan berlaku, kesesakan lalu lintas berkurangan. Jadi sebaiknya memanfaatkan peluang yang ada,’’ komen seorang netizen.

“Kini kita tahu tiada apa yang boleh menghalang penunggang basikal di jalan raya,’’ tulis netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI