fbpx

Rangnick berang United tumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (kanan) memiliki sekurang-kurangnya tiga peluang terbaik untuk meledak jaringan, namun gagal disudahkan. – AFP

MANCHESTER – Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick berang dengan ketumpulan jentera serangan pasukannya ketika mereka sekadar terikat tanpa jaringan menentang Watford di Old Trafford kelmarin.

Kegagalan menghasilkan ja­ringan itu menyaksikan Rangnick dan pembantunya, Chris Armas dikecam teruk terutama ketika aksi berlangsung di hadapan penyokong sendiri.

“Tugas kami sebagai jurulatih adalah untuk membantu pasukan ini mencipta peluang dalam setiap perlawanan. Jika kami hanya mendapat dua atau tiga peluang ketika menentang pasukan seperti Watford, pasukan kejurulatihan wajar untuk dipertikai.

“Bagaimanapun, pada aksi itu peluang yang kami miliki cukup untuk memastikan kemenangan. Kami perlu lebih tajam di hadapan pintu gol kerana jika kami terlepas banyak peluang sebegitu, sukar untuk kami menang,” kata Rangnick.

Bruno Fernandes yang menggantikan Harry Maguire sebagai ketua pasukan terlepas sekurang-kurangnya tiga peluang terbaik termasuk satu daripada pemain muda, Anthony Elanga.

Selain itu, bintang sensasi mereka, Cristiano Ronaldo kembali berdepan kemarau jaringan apabila sekadar meledak satu gol dalam 10 perlawanan terakhir.

“Kami bukan gagal men­yempurnakan satu peluang tetapi banyak. Ini bukan soal nasib, ia melibatkan ketajaman kami ketika di hadapan gawang lawan,” jelasnya.

Kegagalan meraih kemenangan menyebabkan United bakal dipintas Arsenal dalam perebutan tempat keempat apabila skuad kendalian Mikel Arteta itu masih mempunyai baki tiga perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI