fbpx
NORA bersama anak bongsunya, NeyNey.

Semoga jadi anak soleh, doa Nora Danish buat NeyNey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP ibu di dunia ini pasti ingin anak mereka menjadi insan berguna, begitu juga Nora Danish.

Baru-baru ini ramai yang tersentuh membaca ucapannya sempena ulang tahun kelahiran keempat anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim Nazri atau NeyNey.

Antara isi ucapan Nora yang menarik perhatian Diva ialah doanya agar NeyNey membesar menjadi manusia yang berguna dan soleh.

“Nanti jadi anak yang pintar dan bijak menilai baik atau buruk.

“Jaga solat dan jadilah manusia yang suka membaca serta menghafal al-Quran, sayang awak,” tulisnya.

Pelakon filem Bencinta itu turut berseloroh agar anaknya tidak menjadi lelaki yang menghancurkan hati kaum wanita apabila dewasa kelak.

“Jangan kecewakan hati wanita apabila besar nanti dengan mata manja dan mulut manis awak itu ya,” pesannya.

Alahai manis bersemut ucapan si ibu untuk anaknya. Semoga semua doa Nora untuk NeyNey dimakbulkan Tuhan.

DIVA: Setiap hari rasa berdebar membaca pelbagai berita termasuk kes Covid-19 meningkat dan perang Rusia dan Ukraine.

POPULAR