fbpx

Lelaki maut jatuh apartmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah apartmen di Seksyen U13, Setia Alam, hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku pukul 4.20 petang dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa berusia 20an hanya memakai baju T berwarna hitam dan seluar pendek berwarna biru gelap.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang bukti yang menunjukkan mangsa dibunuh.

“Mangsa disyaki telah bunuh diri dengan terjun dari bangunan Blok B apartmen berkenaan.

“Walau bagaimanapun belum dapat dipastikan mangsa terjun daripada tingkat berapa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut mati mengejut dan mereka yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Ahsanullah Andok ditalian 03-55202222. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI