fbpx

Jatuh depan rumah, punca Lara patah tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LARA ALANA patah tangan akibat terjatuh ketika bermain dengan kawan-kawan.

PETALING JAYA – Selepas dua minggu, akhirnya pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya mendedahkan puteri sulungnya, Lara Alana yang mengalami kecederaaan patah tangan kiri akibat daripada terjatuh.

Jelas Awal, dalam kejadian yang berlaku pada 11 Februari lalu, Lara jatuh tersungkur ketika bermain di hadapan kawasan kediaman mereka hingga terpaksa dibawa ke hospital selepas lengannya membengkak.

“Disebabkan ramai yang bertanya, cerita dia macam ini, balik dari Langkawi hari tu, Lara pun macam biasa, main dengan kawan-kawan di kawasan rumah.

“Biasalah sudah lama tak jumpa kawan, teruja. Tiba-tiba ketika berlari, Lara tersungkur dan jatuh atas jalan sehingga seluar koyak serta lutut berdarah.

“Daddy (saya) pujuk masuk mandi dan bersihkan luka. Mula-mula tak perasan, tiba-tiba Lara mengadu tangannya sakit dan lengan dia juga mula membengkak.

“Bawa pergi ke (bahagian) kecemasan dan terus buat ujian X-Ray (imbasan). Doktor maklumkan dua tulang patah,” katanya.

Awal yang juga suami kepada pelakon Scha Alyahya itu turut memaklumkan Lara terus dimasukkan ke dewan pembedahan sejurus selepas itu.

Katanya lagi, pembedahan kecemasan tersebut berlangsung sekitar setengah jam.

“Jadi Lara perlu memakai ‘cast’  (penyangga) itu untuk tempoh sebulan. Doakan Lara cepat sembuh ujarnya” tambah aktor Dan pengacara tersebut.

Difahamkan Scha yang ketika itu menjalani penggambaran filem Telaga Suriram di Perlis terus bergegas pulang ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, laman Instagram Awal dan Scha dibanjiri pertanyaan apabila beberapa keping gambar anak sulung berusia tujuh tahun dalam keadaan berbalut pada tangan kirinya dikongsikan kepada umum.

Dalam hantaran berkenaan, jelas kelihatan Lara sempat ke sekolah seperti biasa dengan tangan bersimen yang turut dihiasi tulisan dan lukisan berupa ucapan selamat sembuh daripada kawan-kawannya.

Sebelum kejadian kemalangan kecil tersebut, Awal dan Scha memuat naik gambar percutian di Langkawi, sekali gus membuatkan pengikut mereka tertanya-tanya sebaik gambar tangan Lara bersimen pula dikongsikan.

Selain Lara, pasangan selebriti popular yang mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 itu dikurniakan seorang lagi anak perempuan, Lyla Amina yang lahir pada 12 Februari tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI