fbpx

Kino buka Instagram demi peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KINO PENTAGON

SALAH seorang anggota Pentagon, Kino akhirnya membuka akaun Instagram peribadinya setelah sekian lama diminta peminat.

Kino atau nama sebenarnya Kyang Hyung-gu, 24, menyatakan, dia terpaksa akur dan membuka akaun Instagram atas faktor memudahkan komunikasi dengan peminat.

Menerusi hantaran pertamanya dalam Instagram, Kino dilihat menggunakan angka 831×10 sebagai nama dalam akaun rasminya tanpa menerangkan maksud nombor tersebut.

Pada hantaran sama, dia turut berkongsi beberapa keping foto peribadi miliknya dengan suit lengkap berwarna coklat gelap tanpa sebarang kapsyen.

Tidak sampai beberapa jam dibuka, pengikut Kino sudah pun melebihi 40,000 orang dengan pelbagai komen gembira ditinggalkan pada hantaran pertamanya itu.

Terdahulu, Kino yang juga komposer dan rapper memulakan debut sebagai ahli kumpulan Pentagon pada bulan Oktober 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI