fbpx

Kerana cemburu, lelaki rempuh kekasih bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta yang digunakan oleh suspek untuk merempuh mangsa. – Sholahudin/iNews.id

JAKARTA – Gara-gara cemburu, seorang lelaki di wilayah Jawa Timur nekad merempuh kekasih bekas isterinya menggunakan kereta miliknya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Dalam kejadian tersebut, suspek yang hanya dikenali sebagai ABMP, 31, merempuh mangsa, T, 52, yang ketika itu sedang duduk di atas sebuah motosikal di hadapan kedai miliknya.

Ia menyebabkan mangsa mengalami cedera pada bahagian kepala. Suspek pula dilaporkan cedera pada bahagian tangan selepas menumbuk kaca pada kedai mangsa.

“Kepala mangsa berdarah manakala suspek mengalami luka pada tangannya. Mereka berada di hospital. Sementara dinding kedai rosak dan kaca turut pecah,” kata seorang saksi, Budi Widiyanto.

Sementara itu, menurut sumber, permusuhan antara kedua-dua lelaki itu berpunca daripada seorang wanita, NAP, 24.

NAP merupakan bekas isteri suspek dan mereka telah bercerai beberapa bulan lalu. Disebabkan cemburu, suspek nekad merempuh bakal suami NAP.

Kes tersebut sedang disiasat pihak polis. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI