fbpx

Udara tercemar jejas kualiti sperma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUALITI sperma terjejas ekoran terdedah pada pencemaran. – GAMBAR HIASAN

PENCEMARAN udara dikatakan boleh menjejaskan kualiti air mani khususnya terhadap motilitas sperma iaitu keupayaannya untuk berenang ke arah yang betul.

Berdasarkan satu kajian yang menganalisis lebih 30,000 sperma lelaki di China yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Networks mendapati, lebih kecil saiz zarah pencemaran di udara menyebabkan kualiti air mani kurang berkualiti.

“Penemuan penyelidikan kami mendapati, pecahan saiz zarah yang lebih kecil mungkin lebih kuat daripada pecahan lebih besar dalam mendorong motilitas sperma yang lemah,” tulis pengarang dalam jurnal itu.

Para penyelidik percaya, penemuan berkenaan menyerlahkan satu lagi keperluan untuk mengurangkan pendedahan kepada pencemaran udara dalam kalangan lelaki bagi usia reproduktif mereka.

Dalam kajian tersebut, penyelidik di Sekolah Perubatan Universiti Tongji, Shanghai melihat rekod data daripada sejumlah 33,876 lelaki dari 340 bandar di China.

Kumpulan lelaki itu berumur 34 tahun secara purata, dengan tahap pendedahan berbeza kepada pencemaran udara.

Ada dalam kalangan peserta kajian itu terdedah kepada jumlah zarah berdiameter lebih kecil antara 2.5 mikrometer hingga 10 mikrometer dalam tempoh 90 hari sebelum datang semula ke hospital.

Bagi menentukan kualiti air mani, para penyelidik menumpukan kepada faktor-faktor seperti kiraan sperma, kepekatan dan motilitas sperma.

Hasil penyelidikan itu mendapati, semakin banyak peserta terdedah kepada zarah lebih kecil, semakin rendah untuk mendapatkan motilitas sperma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI