fbpx

Tahap bahaya Omicron sama varian asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berdasarkan sampel dari pelbagai negara, WHO tidak melihat perbezaan dalam tahap keterukan BA.1 berbanding BA.2. - Getty

GENEVA – Varian BA.2 bagi rantaian koronavirus Omicron tidak lebih teruk daripada virus Covid-19 yang asal, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin.

Berdasarkan sampel dari pelbagai negara, “kami tidak melihat perbezaan dalam tahap keterukan BA.1 berbanding BA.2,” kata pegawai kanan WHO, Maria Van Kerkhove dalam sesi soal jawab bersama wartawan secara online.

“Jadi, ini adalah tahap keterukan yang sama kerana ia berkaitan dengan risiko kemasukan ke hospital. Penemuan ni sangat penting, kerana di banyak negara,  kedua-dua BA.1 dan BA.2 menular secara meluas,” katanya. 

Van Kerkhove mengetuai bahagian teknikal pasukan tindak balas Covid-19 WHO. Beliau berkata demikian semasa  melaporkan penemuan oleh jawatankuasa pakar-pakar yang menjejaki evolusi virus itu.

Kesimpulan mereka akan melegakan negara-negara seperti Denmark, di mana varian BA.2 Omicron merebak dengan meluas.

WHO berkata dalam satu kenyataan bahawa data awal menunjukkan varian BA.2 ‘nampak secara semula jadi lebih mudah menular berbanding BA.1’, manakala kajian lanjut sedang dilakukan untuk mengetahui mengapa perkara itu berlaku.

“Bagaimanapun, penularan  global semua varian Covid-19 dilaporkan telah merosot,” tambahnya.

Covid-19 membunuh lebih daripada 5.8 juta orang di seluruh dunia, demikian menurut angka AFP berdasarkan sumber-sumber rasmi kelmarin.

Bagaimanapun, WHO menganggarkan jumlah kematian sebenar Covid-19 mungkin dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi daripada angka rasmi. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI