fbpx

Covid-19: Subvarian Omicron, Arcturus dikesan di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

KUCHING – Enam kes positif Covid-19 disebabkan oleh subvarian Omicron, Arcturus dikesan di Sarawak.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof. Dr..David Perera dalam laporan terbarunya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

“Memandangkan pengesanan Arcturus di negeri ini, orang ramai dinasihatkan peka dengan risiko peningkatan kadar jangkitan. Setiap orang mesti mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak jangkitan dan mencegah penularan terutama semasa musim perayaan,” katanya.

Dalam pada itu, Perera berkata, varian lain yang dikesan ialah XBB1.11.1, dengan 12 kes di Sarawak.

Sementara itu, beliau berkata, IHCM telah mengumpul 33 sampel Covid-19 antara 20 Februari hingga 13 April tahun ini dan sampel-sampel itu adalah daripada kes positif yang kebanyakannya diperolehi di Kuching, manakala satu dari Serian satu dan dua dari Sibu.

“Omicron kekal sebagai varian yang dominan menular dengan beberapa subvarian XBB.1 lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI