fbpx

Subvarian Omicron XBB kebal vaksin, dominan di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai dirakam bersiar-siar di daerah Kreta Ayer di Singapura. - Getty Images

SINGAPURA – Satu kajian baharu mendapati sejenis subvarian Omicron kini menular di negara-negara Benua Asia dan merebak dengan lebih cepat daripada va­rian Covid-19 sebelumnya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Subvarian Omicron XBB yang juga dikenali sebagai Gryphon, mencetuskan lonjakan kes di beberapa kawasan di Asia termasuk mendominasi jangkitan di Singapura.

Terdapat kebimbangan yang semakin ketara  terhadap va­rian XBB kerana selain menular dengan sangat pantas, ia boleh mengelak imuniti badan dengan lebih baik daripada virus Co­vid-19 terdahulu.

Di Singapura, XBB  cepat me­ngatasi varian dominan sebe­lumnya iaitu Omicron BA.4 dan BA.5 yang kini merupakan varian paling biasa di Britain.

Walaupun awal bulan ini, XBB hanya merangkumi 22 peratus daripada keseluruhan  jangkitan Covid-19 di Singapura, kementerian kesihatan mendedahkan bahawa angka itu melonjak dengan pantas. Seminggu selepas va­rian XBB dikesan, Singapura telah merekodkan 54 peratus kes XBB.

Pada 11 Oktober lalu, Singapura merekodkan 11,732 jangkitan Covid-19 baharu iaitu dua kali ganda berbanding hari sebe­lumnya sekali gus membuktikan keupayaan kebolehjangkitan XBB.

Selain itu, subvarian XBB juga  ditemui di Jepun dan Korea Selatan di mana bersama-sama dengan varian baharu lain, ia bertanggungjawab kepada lonjakan bilangan kes Covid-19 yang luar biasa.

XBB adalah versi hibrid daripada dua strain Omicron sebelum ini dan mula dikesan di India pada Ogos 2022.

Sejak itu, XBB merebak dengan cepat di 17 negara, kebanyakannya di Benua Asia di samping  Denmark dan Amerika Syarikat.

Kajian awal dari China me­ngatakan XBB dianggap sangat ‘bijak’ mengelak perlindungan antibodi dan juga mendorong kepada  peningkatan jangkitan semula sehingga jangkitan semula membentuk 17 peratus daripada kes baharu di Singapura. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI