fbpx

Cuaca cerah di seluruh negeri termasuk Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca cerah di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak pagi ini.

MetMalaysia menerusi laporannya di laman YouTube berkata, rantau negara ketika ini terus menerima pengaruh angin dari arah timur laut dengan kelajuan sederhana sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam.

“Namun ketika ini, seluruh negeri adalah dalam keadaan cerah dan tiada hujan.

“Bagaimanapun, angin bertiup dari arah timur laut ini dijangka akan mencapah ke arah utara dan selatan Semenanjung,” katanya.

Jelasnya lagi, dengan penumpuan angin ini, hujan diramal berlaku pada petang ini termasuk di kawasan pedalaman Sarawak.

“Di utara pula, hujan dijangka berlaku di negeri Perak, Kelantan dan Terengganu manakala di selatan pula hujan diramalkan berlaku di negeri Johor,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI