fbpx

Skuad wanita tempang tanpa kelibat Thinaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THINAAH

SKUAD badminton wanita negara menerima tamparan hebat pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 selepas pemain beregu wanita, M. Thinaah disahkan positif Covid-19.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjelaskan, pemain berusia 24 tahun itu tidak menunjukkan sebarang simptom dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri, sekali gus terpaksa melupakan sai­ngan kali ini.

Ketiadaan Thinaah pas­tinya memberi kesan terhadap persiapan pasukan negara, sekali gus memaksa BAM mencari jalan terbaik dengan menggandingkan pemain lain bersama Pearly Tan dalam kejohanan dwitahunan itu.

“Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan pemain beregu wanita, M. Thinaah didapati positif Covid-19. Dia yang tidak menunjukkan simptom jangkitan kini sedang menjalani kuarantin.

“Arahan menjalani kuarantin itu adalah selari dengan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN),” kata BAM menerusi satu kenyataan.

Sebaik sahaja Thinaah di­sahkan positif, ujian calitan turut dijalankan ke atas Pearly yang merupakan kontak rapat, namun kem badminton Malaysia mampu menarik nafas lega apabila hasil ujian itu menunjukkan negatif.

“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022, ujian RT-PCR dijalankan ke atas Pearly dan hasil ujian tersebut mendapati dia negatif,” ujarnya.

Sebagai rekod, beberapa pasukan termasuk China, Taiwan dan Thailand sebelum ini terpaksa menarik diri daripada kejohanan tersebut kerana bimbang dengan wabak Co­vid-19 yang melanda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI