fbpx

Anak syurga dijemput Ilahi hidap masalah jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu kepada bayi, Muhammad Zil Qayyim memeluk erat jenazah anaknya.

PETALING JAYA – Tak dapat digambarkan betapa luluh dan hancurnya perasaan seorang ibu apabila anak yang dikandungnya selama lebih sembilan bulan telah pergi buat selama-lamanya.

Kisah sedih ini dikongsikan oleh Pengerusi dan Pengasas Unit Kenderaan Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Wan Cai di laman Facebook.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, Wan Cai memaklumkan seorang bayi, Muhammad Zil Qayyim Shahrizal mempunyai masalah jantung dan paru-paru serta saluran pernafasan yang sempit sehingga menyukarkannya untuk bernafas.

“Bayi sekecil ini terpaksa berpisah dengan ibunya disebabkan mempunyai masalah kesihatan sewaktu dilahirkan.

“Jantungnya dan paru-parunya mempunyai masalah serta dikesan mempunyai saluran pernafasan yang sempit,” katanya.

Menurut Wan Chai, penderitaan yang dialami oleh bayi itu selama satu tahun empat bulan akhirnya terhenti dan hasrat ibunya untuk melihat anak kembali sihat serta membesar seperti kanak-kanak lain tidak kesampaian.

“Adik Muhammad Zil Qayyim Shahrizal akhirnya dipanggil pulang pada pukul 12.03 tengah hari semalam.

“Adik Zil kini pergi menyambut seruan Ilahi dan pemergiannya sebagai penghuni syurga,” ujarnya.

Tambahnya, dia amat tersentuh apabila melihat ibu kepada bayi itu memeluk erat jasad anaknya sambil menangis.

“Melihat si ibu memeluk anaknya dalam keadaan sedih sudah membuatkan hati saya terusik dan hampir juga air mata jantan yang ada jatuh,” luahnya.

Sementara itu, pihak pengurusan UKVJ telah membantu dalam menyempurnakan urusan jenazah sehingga selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Selat Klang.

“Pengurusan mandi dan kafan buat adik Zil telah kami bantu sempurnakan dan jenazahnya selamat disemadikan sebentar tadi di tanah perkuburan Islam Selat Klang,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI