fbpx

Cara unik nenek tangkap ikan buat netizen teruja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian video seorang pengguna media sosial cara unik seorang nenek memancing dengan tepung gandum dan botol plastik telah meraih 5.6 juta tontonan dalam sehari.

PETALING JAYA – Sebuah video yang memaparkan kemahiran memancing seorang nenek dengan cara unik hanya menggunakan tepung gandum dan botol plastik mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian video daripada pengguna media sosial yang bernama @matserap1, video yang berdurasi 59 saat itu telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 5.6 juta dalam masa sehari.

“Hanya pakai tepung dan kacau sahaja dalam tepung. Mudah sahaja dan baldi akan penuh dengan ikan,” tulisnya.

Rata-rata netizen berasa sangat teruja dengan kemahiran unik nenek tersebut dalam menangkap ikan dengan menggagap sebagai otai memancing dan ada yang berminat untuk menuntut ilmu dari nenek itu.

“Seumur hidup baru tengok memakai gandum dan botol untuk memancing. Memang otai,” kata @jueee.

“Kemahiran nenek bawa ke kolam memancing ini akan buat tauke kolam beri duit suruh mak cik balik, dan jangan datang kolam lagi kerana mereka akan rugi,” jelas @nizarrr.

“Bila otai turun padang, jangan pandang rendah dengan otai. Mohon turunkan ilmu nenek,” ujar @sasaaa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI