fbpx

Video barisan askar jelita Ukraine tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan askar wanita tersebut sering berkongsikan video aktiviti harian mereka. - @vi.ka_222/TikTok

KIEV – Beberapa klip rakaman video menjadi tular di TikTok kerana memaparkan gelagat sekumpulan askar wanita Ukraine yang mendedahkan aktiviti harian mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menerusi video-video tersebut, beberapa askar wanita Ukraine dilihat sedang menari, menyanyi dan menunjukkan peluru ketika menjalani aktiviti ketenteraan.

Salah seorang daripadanya, Iryna Greytsarovska, menerima lebih 27,000 tanda suka bagi sebuah hantaran yang menunjukkan dirinya sedang menyanyi ketika memakai pakaian seragam askar.

Sebuah video lain pula memaparkan sekumpulan gadis menggerakkan bibir seperti sedang menyanyi di luar berek tentera.

Selain klip yang memaparkan latihan ketenteraan dan gambar menarik bersama askar-askar wanita lain, mereka turut memuat naik video yang menunjukkan mereka berpura-pura memukul antara satu sama lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI