fbpx

1,055 sekolah dijadikan PPV PICKids bermula Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV Dewan Dato Haji Ahmad Ithnin, Merlimau, Melaka, hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,055 buah sekolah telah dikenalpasti untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Covid -19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) yang bermula beroperasi selewat-lewatnya isnin ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (CITF-C), Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, ia adalah satu lagi pendekatan yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin kepada murid sekolah rendah iaitu PPV Sekolah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan 1 berkata, kesemua 1,055 sekolah ini akan menjadi pusat pemberian vaksin kepada murid di sekolah tersebut dan murid daripada sekolah-sekolah berdekatan.

Katanya, bagi pemberian vaksin di sekolah, senarai nama kanak-kanak yang layak akan disediakan oleh pihak sekolah dan dijangka jumlah PPV sekolah akan bertambah dari masa ke masa.

“Pemberian vaksin dilaksanakan oleh pasukan kesihatan sekolah atau pengamal perubatan swasta. Ibu bapa serta penjaga yang mempunyai aplikasi MySejahtera perlu mendaftar kanak-kanak sebagai tanggungan dalam MySejahtera bagi mendapatkan janji temu vaksin dan sijil digital vaksinasi.

“Bagi ibu bapa atau penjaga yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera tidak perlu bimbang kerana tarikh dan lokasi janji temu akan dimaklumkan oleh pihak pengurusan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI