fbpx

Puteri Yoko disahkan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Yoko melawat tanah perkuburan Jepun di Yangon pada 12 Disember 2019 semasa lawatan ke Myanmar. - Kyodo

TOKYO – Keluarga diraja Jepun mengesahkan kes pertama jangkitan Covid-19 apabila Puteri Yoko yang berusia 38 tahun dimasukkan ke hospital, lapor akhbar The Japan Times semalam.

Puteri Yoko yang merupakan anak bongsu kepada mendiang Putera Tomohito dari Mikasa, yang juga sepupu kepada bekas Maharaja Akihito mengadu sakit tekak pada Isnin lalu dan disahkan positif Covid-19 pada Selasa, jelas agensi keluarga diraja tersebut.

Puteri Yoko dimasukkan ke hospital yang terletak di dalam Istana Diraja.

Kakaknya, Puteri Akiko, 40, juga akan menjalani ujian Covid-19 kerana kedua-duanya bertemu beberapa hari lalu, jelas agensi itu.

Dalam pada itu, Puteri Yoko dilaporkan tidak menghadiri sebarang perhimpunan berkaitan makanan dan minuman baru-baru ini. Punca jangkitan juga masih belum diketahui. 

Bagaimanapun, Puteri Yoko adalah seorang peserta dalam upacara memperingati mendiang maharaja di istana pada 30 Januari lalu.

Tiada jangkitan disahkan dalam kalangan kakitangannya dan tiada laporan mengenai sakit, jelas agensi tersebut.

Puteri Yoko berkhidmat sebagai ketua perbadanan kebajikan sosial yang berpangkalan di Tokyo, Yuai Jujikai. 

Beliau juga merupakan presiden kehormat Persatuan Reka Bentuk Bunyi Universal Jepun, sebuah badan organisasi bukan untung yang membantu orang yang mengalami masalah pendengaran. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI