fbpx

Van buruk jadi stor simpan arak seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek lelaki warga asing yang ditahan bersama arak seludup yang disimpan dalam van buruk.

KLANG – Taktik satu sindiket penyeludupan dan pengedaran arak tanpa lesen menggunakan van buruk sebagai stor penyimpanan sejak setahun lalu terbongkar apabila diserbu di Jalan Cengkih, Taman Kim Chuan, Pelabuhan Klang di sini, semalam.

Serbuan dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 2.30 petang itu turut menahan seorang lelaki warga asing berusia 45 tahun bersama 172 karton arak seludup pelbagai jenama.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, semasa serbuan didapati suspek sedang memunggah arak tersebut dari dalam van uzur yang diletakkan di belakang rumah teres setingkat di lokasi tersebut.

Katanya, rumah berkenaan disewa sindiket pada harga RM1,300 sebulan.

“Berdasarkan siasatan mendapati suspek tidak menjadikan rumah teres tersebut sebagai stor penyimpanan, sebaliknya van uzur dan buruk yang diletak di luar kediaman tersebut sebagai stor.

“Hasil pemeriksaan pada dua buah van berkenaan menemui 172 karton arak pelbagai jenama seperti Carlsberg, Atlas dan Tiger dianggarkan bernilai RM66,307.99 termasuk cukai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya turut merampas dua buah van dan telefon bimbit dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM100, 107.99. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI