fbpx

90 peratus kenderaan di Thailand ‘langgar’ lintasan pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majoriti kenderaan di Thailand tidak mengendahkan tanda lintasan zebra. - Newsflare

BANGKOK – Satu kaji selidik oleh sebuah organisasi kesihatan dan keselamatan jalan raya Thailand mendapati hampir 90 peratus kenderaan di negara berhenti tidak berhenti di lintasan pejalan kaki atau lintasan zebra.

Menurut  akhbar Bangkok Post, kaji selidik tersebut dibuat susulan sebilangan kes kemalangan maut melibatkan pejalan kaki yang dilanggar oleh kenderaan yang tidak berhenti di garisan zebra.

Kajian oleh Yayasan Promosi Kesihatan Thai (ThaiHealth) itu mendapati bahawa secara keseluruhannya, 89 peratus kenderaan tidak akan berhenti di lintasan pejalan kaki. 

Bagi motosikal, kadarnya adalah 92 peratus daripada 6,449 motosikal tidak akan berhenti di garisan pejalan kaki, manakala bagi kereta, kadarnya adalah 86 peratus daripada 7,619 kereta, manakala untuk  kenderaan awam pula, kadarnya adalah  80 peratus daripada 285.

Organisasi itu melakukan tinjauan di  lintasan pejalan kaki zebra melibatkan 12 kawasan yang popular dan sibuk seperti Ekkamai dan Sukhumvit.

“Keselamatan jalan raya memerlukan kerjasama daripada semua orang. Kanak-kanak juga mesti diajar mengenainya,” kata Pengarah Kawalan Faktor Risiko Sosial ThaiHealth, Rungarun Limlahaphan.

Susulan hasil tinjauan itu, pegawai lalu lintas di Bangkok berkata,  mereka akan memasang lampu isyarat dan kamera pengawasan di 100 lintasan zebra.

Lampu akan dipasang dalam masa dua minggu dan kamera dalam tempoh sebulan.

Denda bagi pelanggar lalu lintas akan dinaikkan daripada maksimum 1,000 baht (RM127) kepada  4,000 baht (RM508).

Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan juga berkata bahawa beliau merancang untuk memulakan program pendidikan mengenai keselamatan pejalan kaki di sekolah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI