fbpx

Jenazah Rayan dikebumikan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rayan meninggal dunia selepas lima hari terperangkap dalam perigi milik bapanya. - BoringBuzz

RABAT – Maghribi semalam melakukan persiapan untuk mengebumikan ‘Rayan kecil’ iaitu budak lelaki berumur lima tahun yang meninggal dunia ketika terperangkap di dalam sebuah perigi di sebalik operasi menyelamat selama beberapa hari yang menjadi tumpuan seluruh dunia.

Nasib kanak-kanak itu mendapat perhatian dunia selepas dia terjatuh ke dalam sebuah perigi sempit sedalam 32 meter pada Selasa minggu lalu.

Majlis pengebumian akan diadakan di kampungnya di Ighrane yang terletak di kawasan pergunungan Rif, utara Maghribi di mana tragedi itu berlaku, demikian menurut seorang pegawai tempatan dan waris mangsa kepada agensi berita AFP.

Berita kematian Rayan diumumkan oleh kabinet diraja Maghribi selepas Raja Mohammed VI menelefon ibu bapa mangsa untuk mengucapkan takziah.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Raja Mohammed, pihak berkuasa dan semua yang telah membantu kami.

“Semoga roh anak kami dicucuri rahmat, “ kata bapa Rayan, Khaled Aourram kelmarin.

Terdahulu, jenazah Rayan dibawa ke sebuah hospital tentera di Rabat, demikian menurut seorang sepupu keluarga tersebut, namun belum ada laporan mengenai sebarang bedah siasat. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI