fbpx

Apa kata pemenang Liga Fantasi Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMENANG Liga Fantasi Kosmo! minggu ke-27.

Apa kata pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo! bagi Minggu ke-23?

MOHD FADZIL ABD. RAZAK

“Bagi saingan minggu ke-23, saya mengguna­kan wildcard untuk membuat pertukaran pemain dan ia membuahkan hasil. Alhamdulillah dapat menjadi salah seorang pemenang FPL Kosmo! kerana sebelum ini bersaing dengan kawan-kawan sahaja. Sangat berbaloi memanfaatkan tips-tips yang didapati daripada internet.

MOHD FADZIL ABD. RAZAK (Subang Jaya, Selangor)
Pasukan: Manchester Malaya CF (78 mata)
Pengurus: Fadzil Macheda

 

MOHAMMAD SYAZUWAN A. RAHIM

“Saya mula main Liga Fantasy ini sejak tahun 2015 dan saya selalunya akan melihat reviu pemain daripada laman rasmi Liga Perdana Inggeris. Tidak ada sebarang strategi istimewa dan kebiasaannya saya akan buat pertukaran pemain tiga jam sebelum ia ditutup. Apa pun, terima kasih Kosmo!

MOHAMMAD SYAZUWAN A. RAHIM (Kota Kinabalu, Sabah)
Pasukan: GOOnners_Mannschaft (76 mata)
Pengurus: Mohd Syazuwan AR

 

NUR AIDAWATUL ADAWIYAH KAMAL AFENDI

“Saya sudah bermain FPL selama empat hingga lima tahun dan ini adalah kali pertama dapat menang hadiah mingguan. Ada buat analisis setiap minggu dengan menonton perlawanan dan tidak sangka boleh menang. Saya mahu beritahu rakan-rakan supaya membuat lebih banyak analisis supaya kami dapat menang sama-sama selepas ini.

NUR AIDAWATUL ADAWIYAH BINTI KAMAL AFENDI (Skudai, Johor)
Pasukan: jomminumfc (77 mata)
Pengurus: Adda afendi

 

MUHAMMAD HELMY HAFIZ

“Sebelum ini, ada ramai pemain Liverpool tetapi beberapa tonggak beraksi pada Piala Negara-Negara Afrika, jadi saya terpaksa menggunakan Free Hit untuk ganti pemain. Pertukaran hanya dibuat mengikut keperluan dan keadaan semasa dan Alhamdulillah, tidak sangka dapat menang kerana ini adalah kali pertama saya sertai Liga Fantasi Kosmo!

MUHAMMAD HELMY HAFIZ (Kuala Kangsar, Perak)
Pasukan: EMIE FT (71 mata)
Pengurus: Helmy Hafiz

 

AHMAD ASMIRUL SYAZWAN HUSAIN

“Saya terkejut kerana ini kali pertama saya menang mingguan saingan FPL Kosmo! Saya akui bukan mudah untuk memenanginya kerana lebih daripada 3 tahun saya sertai liga FPL. Mungkin rezeki saya minggu ini, Terima kasih Kosmo!

AHMAD ASMIRUL SYAZWAN HUSAIN (Petaling Jaya, Selangor)
Pasukan: FCSEMARAK 5 (71 mata)
Pengurus: Ahmad Ahmad

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI