fbpx

Kes boleh cecah 22,000 akhir Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes jangkitan Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 kes menjelang akhir Mac tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa ini nilai kebolehjangkitan Rt negara semalam mencatatkan 1.20.

“Oleh itu menjadi tanggungjawab kita mematuhi semua langkah kesihatan dan sosial serta meningkatkan liputan vaksinasi serta dos penggalak untuk mengurangkan jangkitan dan menurunkan nilai Rt kurang daripada satu,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Mengikut pecahan negeri-negeri pula, nilai Rt di Selangor (1.19), Sabah (1.41), Pulau Pinang (1.17), Johor (1.16), Kelantan (1.08), Melaka (1.11), Kuala Lumpur (1.12), Putrajaya (1.29), Negeri Sembilan (1.10), Kedah (1.22), Pahang (1.14), Perak (1.10), Terenggany (1.13), Sarawak (1.17), Perlis (1.49) dan Labuan (15 kes).

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham sekali lagi mengingatkan bahawa negara belum bebas daripada penularan Covid-19.

“Yang penting pada kita perlu menjangkakan jumlah kes yang tinggi ini namun keterukan yang kurang selain kurangnya kemasukan ke hospital dan kurangnya kematian,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI