fbpx

Tolak tiga markah jika menangis ketika menduduki peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah tersebut menolak tiga markah bagi kanak-kanak yang menangis ketika menduduki ujian kemasukan prasekolah. – Thaiger

BANGKOK – Sebuah pusat prasekolah di Thailand melaksanakan peraturan ketat dengan menolak markah peperiksaan kanak-kanak berusia antara tiga hingga  lima tahun sekiranya mereka didapati menangis ketika menduduki ujian, lapor laman berita Thaiger semalam.

Tadika yang terletak di Maha Sarakham, dalam wilayah timur laut Thailand itu bertindak menolak tiga markah bagi kanak-kanak yang menangis ketika menduduki ujian kemasukan prasekolah.

Menurut pengarah tadika tersebut, polisi itu diwujudkan bagi memastikan peperiksaan berlangsung secara adil.

Ini kerana apabila ada dalam kalangan kanak-kanak yang menangis, ia akan mengganggu konsentrasi kanak-kanak lain.

Polisi itu dilaporkan telah dipraktikkan di sekolah tersebut selama bertahun-tahun, namun ia kini disemak semula selepas menerima kecaman orang  ramai .

Tadika-tadika di Thailand sememangnya mempunyai reputasi   melaksanakan peraturan tegas dalam pelbagai perkara, sehingga mencetuskan banyak kritikan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI