fbpx

Pelajar Vietnam bina kereta Batman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batmobile akan dijual kepada pembeli pada tahun ini. – Cover Images

BANDAR RAYA HO CHI MINH – Seorang pelajar jurusan seni bina sebuah universiti di Vietnam mencipta sebuah kereta elektrik yang diinspirasikan daripada filem adiwira Batman serta boleh beroperasi secara penuh, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Replika  kereta digelar Batmobile itu mirip kenderaan ikonik milik  Batman yang ditampilkan dalam trilogi filem Dark Knight  arahan Christopher Nolan.

Model kenderaan yang direka oleh Nguyen Dac Chung, 23, itu dijangka dijual pada tahun ini.

Ia mempunyai berat kurang daripada 600 kilogram dan  boleh mencapai kelajuan sehingga 104 kilometer sejam.

Kenderaan menyerupai kereta kebal itu turut mempunyai pintu hidraulik automatik yang dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh serta empat kamera taktikal dengan sudut pandang 360 darjah.

Ia juga direka menggunakan teknologi cetakan tiga dimensi (3D) dengan elemen-elemen yang dihasilkan secara teliti.

“Ketika kecil, saya merupakan peminat watak-watak komik adiwira terutamanya Batman. Apabila membesar, saya sering mengimpikan untuk mencipta kereta seperti kenderaan Batmobile.

“Pasukan kami mengambil masa  lebih 10 bulan untuk menghasilkan rangka kereta ini  selain dua tahun lagi untuk menyiapkannya secara keseluruhan,” kata Dac Chung. 

Batmobile kini dipamerkan di Galeri Van Daryl di Bandar Raya Ho Chi Minh, di mana bakal pembeli berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat mengenai kenderaan itu. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI