fbpx

RichWorks anjur sesi ‘voice chat’ bersama Mentor Usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RichWorks anjur sesi khas ‘Voice chat’ bersama Mentor Usahawan bermula ahad ini.

PETALING JAYA – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menganjurkan sesi khas ‘voice chat’ atau mesej suara bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bermula Ahad ini.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, sesi khas tersebut akan berjalan secara langsung menerusi aplikasi Telegram Azizan Osman (Official) bermula pukul 8 hingga 9 pagi pada 6 Februari 2022.

“Empat sesi ‘voice chat’ akan dijalankan bagi menyokong bangsa usahawan supaya berada pada landasan betul pada 6, 13, 20 dan 27 Februari.

“Jangan ketinggalan, ia juga persediaan mereka sebelum mengikuti Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing Power 2022 secara percuma pada awal Mac nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Radz, RichWorks bersama Azizan komited dalam usaha menyokong para usahawan di luar sana agar menjadi yang terbaik serta memahami pengurusan dalam perniagaan.

Sementara itu, bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari t.me/AzizanOsmanOfficial sekarang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI