fbpx

Lebih 1,000 kenderaan terima petrol percuma – RichWorks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal antara penerima petrol percuma daripada RichWorks

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 pengguna jalan raya menerima agihan petrol bernilai keseluruhan RM50,000 secara percuma sekitar Lembah Klang, hari ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, agihan tersebut merupakan inisiatif mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika orang ramai tertekan dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barangan.

“Kami berharap pengagihan minyak (petrol) ini di lima stesen minyak terlibat sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka.

“Usaha ini juga mendapat kerjasama selebriti seperti Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad) dan AG Azmeer serta pempengaruh, DD Chronicle yang juga prihatin kepada situasi dihadapi kebanyakan masyarakat masa ini,” katanya ketika dihubungi dari Atlanta, Amerika Syarikat semalam.

Lima stesen minyak terlibat adalah di Klang, Kota Damansara, Shah Alam, Bangsar dan Ampang.

Radz menambah, sedekah Jumaat itu juga serentak dengan program Nak Ubah Hidup: Kejayaan Bisnes dan Wang 2023 yang baharu dilancarkan dan bakal dikendalikan Azizan pada 4 hingga 6 Februari nanti.

Katanya, Azizan turut umumkan 50,000 tiket percuma dalam tempoh 72 jam bagi membantu dan menyokong masyarakat terutama usahawan mengharungi isu dan cabaran sedia ada dan mendatang.

“Selepas tamat tempoh tiket percuma itu, ia akan dijual yang mana Nak Ubah Hidup merupakan program secara fizikal bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC),” ujarnya.

Jelas Radz, meskipun dikatakan 2023 akan lebih mencabar dan berlakunya kemelesetan ekonomi dunia, masyarakat khususnya usahawan tak boleh leka dan perlu persiapkan diri.

“Sekitar tiga minggu lagi, kita akan masuk ke tahun baharu dan inilah sebenarnya masa untuk masyarakat bersedia.

“Misi kami turut nak menaikkan pendapatan rakyat dengan berniaga dan meningkatkan jualan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara,” jelasnya.

Dalam pada itu, untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web nakubahhidup.com. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI