fbpx

Kapal minyak meletup di perairan Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal Trinity Spirit dirakam terbakar dan dalam masa sama, ia sedang karam. – Twitter

ABUJA, NIGERIA – Sebuah kapal minyak   berkapasiti mengangkut dua juta tong minyak mentah meletup dan terbakar di perairan Nigeria dengan 10 kru dilaporkan berada di atasnya ketika kejadian, lapor laman berita Wion News semalam.

Menurut beberapa laporan, kapal Trinity Spirit itu meletup  awal Rabu lepas di sekitar kawasan penggerudian minyak di luar pantai Nigeria, berhampiran terminal Escravos, dekat dengan Delta Niger.

Video insiden tersebut tular di media sosial dengan memaparkan kapal itu terbakar dan dalam masa sama, ia sedang karam. Asap tebal berwarna hitam turut memenuhi langit ketika kebakaran berlaku.

Kapal itu memiliki panjang  337.05 meter dan lebar 54.5 meter, manakala beratnya adalah sekitar 274,774 tan.

Kapal Trinity Spirit itu adalah daripada jenis penyimpanan pengeluaran terapung (FPSO)  yang dimiliki oleh syarikat dari Nigeria, Shebah Exploration & Production Company Ltd (SEPCOL).

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan semalam berkata, susulan letupan itu, api telah menyambar kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung Trinity Spirit.

“Kami mengesahkan bahawa terdapat 10 orang kru di atas kapal ketika kejadian. Syarikat juga mengutamakan siasatan yang menekankan kepada aspek keselamatan mereka,” kata Ketua Eksekutif SEPCOL, Ikemefuna Okafor dalam satu kenyataan.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut mengenai sebarang maklumat berkenaan keadaan kru terlibat atau kuantiti minyak yang tumpah ke laut.

Sementara itu, kerajaan Nigeria menyifatkan kesan daripada tumpahan minyak dari kapal itu sebagai ‘bom Hiroshima’, di mana kebocoran pada minyak boleh membunuh hidupan laut dan memusnahkan hutan bakau serta laluan air.

Insiden letupan Trinity Spirit itu merupakan kejadian tumpahan minyak terbesar keempat pada tahun ini, selepas kejadian sama berlaku di Peru, Ecuador dan Thailand. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI