fbpx

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JAKARTA – Seorang lelaki dari wilayah Sumatera Utara berdepan dengan nasib malang apabila dibelasah kekasih gelap isterinya sehingga cedera pada bahagian muka, lapor laman berita Tribun News kelmarin.

Lelaki dikenali sebagai Muhammad Iqbal itu berkata, dia dipukul seorang lelaki dikenali sebagai H selepas bertemu untuk berbicara mengenai kecurangan mereka.

H yang pernah menjadi kekasih isterinya sebelum ini tinggal berhampiran dengan kediaman ibu dan bapa mentuanya.

Menurut Iqbal, ketika hari kejadian, dia pergi ke rumah ibu dan bapa mentuanya untuk menjemput isterinya pulang ke rumah mereka selepas wanita berkenaan tinggal di situ selama sebulan kerana bertengkar dengannya.

Wanita itu bagaimanapun enggan pulang tanpa memberikan sebarang alasan.

Iqbal kemudiannya memeriksa telefon bimbit milik isterinya dan menemui perbualan ringkas antara wanita itu bersama H yang membuktikan kecurangannya.

“Dia enggan mengakui kecurangannya. Saya lantas mencari H di rumahnya untuk bertanyakan mengenai hubungan mereka berdua,” ujar Iqbal.

Sejurus memperkenalkan diri, H berasa marah lantas memukul Iqbal hingga hidungnya cedera.

Insiden itu dilaporkan kepada balai polis terdekat untuk diambil tindakan lanjut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI