fbpx

UMNO ulangi komitmen kerjasama MN di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh menandatangani papan tanda semasa merasmikan Pejabat Urusan Chinta Rich Sdn. Bhd. di Pasir Penambang, hari ini.

KUALA SELANGOR – UMNO Selangor mengulangi komitmen kerjasama dengan Pas di bawah gabungan Muafakat Nasional (MN) walaupun ada negeri menamatkan kerjasama tersebut.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, sejarah kerjasama MN di Selangor berbeza dengan negeri lain.

“Asas gabungan MN di negeri ini adalah demi agama, bangsa dan tanah air. Kewujudan MN di negeri ini, setelah Pas dan UMNO tewas disebabkan pertandingan tiga penjuru.

“Kerjasama MN di negeri ini akan dipertahankan hingga ada arahan baru daripada pucuk pimpinan. Walaupun di negeri lain, Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan tanpa kerjasama dengan PAS,”katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pejabat Urusan Chinta Rich Sdn.Bhd.di Pasir Penambang hari ini.

Terdahulu, Pas memberi kata dua kepada segelintir kepemimpinan UMNO agar tidak sesekali meluaskan PRN sebagaimana di Melaka dan Johor ke negeri-negeri lain.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dipetik berkata, sekiraya UMNO masih berdegil dengan langkah PRN, maka Pas mempunyai strategi tersendiri untuk mengajar rakan MN itu.

Noh turut memberitahu, MN Selangor tidak tergugat sama sekali dengan suasana politik di negeri lain dengan terus istiqamah memperkukuh kerjasama hingga Pilihan Raya Umum (PRU) bagi memastikan agenda merampas Selangor daripada Pakatan Harapan dapat dijayakan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, UMNO dan Pas sedang berbincang untuk melantik ketua kampung atas semangat MN.

“Kita ada 400 kuota ketua kampung di bawah Kerajaan Persekutuan di negeri ini.

“Bagi membuktikan komitmen kerjasama Pas dan UMNO di bawah MN, kita berkongsi melantik ketua kampung dari kedua-dua parti tidak lama lagi,” ujarnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI