fbpx

Mayat warga asing terapung dalam Sungai Plentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat wanita warga asing yang ditemui terapung dalam Sungai Plentong, Jalan Masjid, Kampung Plentong Baru, Masai, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Mayat seorang wanita dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Plentong, Jalan Masjid, Kampung Plentong Baru, Masai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat berusia 64 tahun itu daripada orang awam kira-kira pada pukul 10.45 pagi.

“Polis turut sedang mengesan seorang wanita tempatan berusia 33 tahun yang telah membuat laporan orang hilang dipercayai waris warga emas itu kerana mengecam pakaian dipakai si mati.

“Wanita tempatan itu juga sebelum ini dipercayai tinggal bersama dengan si mati,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, mayat warga asing itu telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk proses bedah siasat.

“Polis masih menjalankan siasatan dan peringkat ini kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saiful Bahri Safar menerusi kenyataan berasingan memberitahu, pihaknya menerima panggilan bantuan mengangkat mayat daripada pihak polis pada pukul 12.11 tengah hari.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi di lokasi, didapati seorang mangsa wanita dewasa berada di permukaan sungai dengan jarak 10 meter dari tebing sungai seperti yang dinyatakan oleh pihak polis.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil memaklumkan operasi ditamatkan pada pukul 2.45 petang.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI