fbpx

BRO sambut baik keputusan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) menyambut baik keputusan kerajaan melalui Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Khas Sara Hidup Negara (NACCOL) terus komited menyelesaikan isu bekalan serta pengeluaran makananan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.

Presidennya, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin, berkata, pihak persatuan menghargai keputusan kerajaan yang membuka permit import ayam kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) dan juga pembukaan AP kepada pengusaha-pengusaha pasar raya besar.

“Kerajaan telah menetapkan harga maksimum runcit bagi ayam standard juga dikurangkan sebanyak 20 sen yang menjadikan harga siling ayam pada RM8.90.

“Bagi memastikan penternak-penternak ayam tempatan kekal berdaya saing, BRO mengharapkan kerajaan akan terus memastikan langkah intervensi atau pemberian subsidi yang saksama kepada mereka dapat dimuktamadkan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad menjelaskan, kesungguhan kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jelas menyatakan keseriusan beliau menangani isu kenaikan harga barangan yang sedang berlaku di peringkat global.

“Pihak persatuan menyatakan komitmen dan usaha bagi memastikan aspirasi kerajaan dalam memastikan kawalan harga barangan dapat dicapai.

“Justeru itu, rakyat dan peniaga akan dapat manfaat seiring dengan keputusan yang telah dibuat tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI