fbpx

Bot terbalik bawa lebih muatan, guna jeti tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot pelancong yang terbalik selepas bertembung dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut.

PUTRAJAYA – Insiden pelanggaran bot penumpang dengan bot nelayan di Jerteh, Terengganu kelmarin membongkar sikap tamak pengusaha yang mengabaikan aspek keselamatan di laut.

Rumusan itu antara hasil siasatan awal pasukan siasatan ditubuhkan Jabatan Laut Malaysia (JLM) bagi mengenal pasti punca nahas di muara Sungai Besut pada pukul 3.30 petang Isnin lalu.

“Ketika kejadian, bot Salzan Perhentian membawa seramai 29 penumpang, iaitu melebihi had dibenarkan JLM hanya 12 orang,” kata agensi tersebut lagi menerusi kenyataan di sini hari ini.

Bot penumpang dengan nombor pendaftarannya TKB 00465P itu dilaporkan mengangkut 15 orang dewasa, 13 orang kanak-kanak dan seorang bayi bersama-sama dengan dua kru dewasa.

Ia dalam perjalanan dari Pulau Perhentian ke jeti Kuala Besut sebelum berlanggar sebuah bot nelayan tempatan bernombor pendaftaran TFA 1601 yang ingin keluar dari muara berkenaan.

Akibat pelanggaran itu, kesemua penumpang dan kru bot serta bot nelayan jatuh ke laut sebelum diselamatkan pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam.

Seramai 11 orang termasuk dua kritikal, lapan separa kritikal dan seorang cedera ringan; telah dirujuk untuk susulan ke Hospital Besut manakala 22 orang lagi dibawa ke Klinik Kuala Besut.

Mengulas lanjut, agensi tersebut menerusi siasatan secara lisan dilakukan oleh JLM Wilayah Timur mendapati penumpang juga tidak pun memakai jaket keselamatan sewaktu kejadian itu.

“Penumpang berkenaan turut dilaporkan menaiki bot itu di jeti pendaratan persendirian tidak sah yang bukan di bawah selian atau kawalan daripada pihak JLM,” jelas agensi tersebut lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI