fbpx

Medvedev akui tidak terlalu kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEDVEDEV gagal menambah koleksi kejuaraan Grand Slam keduanya selepas tewas kepada Nadal di pentas final kelmarin. – AFP

MELBOURNE – Bintang tenis Rusia, Daniil Medvedev meng­akui bahawa dia tidak kecewa meskipun tewas kepada Rafael Nadal pada pertembungan final Terbuka Australia lewat malam kelmarin.

Pada saingan tersebut, Medvedev mempamerkan aksi cukup baik selepas mendahului dua set perlawanan sekali gus berpeluang untuk menambah gelaran Grand Slam kedua­nya selepas muncul juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.

Bagaimanapun, Medvedev gagal menyekat Nadal apabila pemain Sepanyol itu bangkit dengan meraih kemenangan 2-6, 6-7(5/7), 6-4, 6-4, 7-5 dalam tempoh lima jam 24 minit.

Kemenangan tersebut me­nyaksikan Nadal melakar sejarah dengan memenangi gelaran Grand Slam ke-21.

“Jika kita bercakap tentang tenis, saya tidak begitu kecewa kerana ia satu perlawanan yang hebat. Pastinya, terdapat beberapa perkara yang boleh saya lakukan dengan lebih baik jika saya mahu menang.

“Tetapi, itulah tenis dan Nadal berjaya meningkatkan tahap permainannya pada setiap set perlawanan.

“Saya tidak menyesal, malah akan bekerja keras untuk bergelar juara satu hari nanti di Australia,” kata pemain berusia 25 tahun tersebut.

Ini adalah kali kedua Nadal mengecewakan Medvedev selepas menang pada Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat 2019 dalam aksi lima set. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI