fbpx

Air sungai berwarna putih, JAS kompaun kilang RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kilang makanan di Butterworth didapati melepaskan sisa buangan tanpa kebenaran ke dalam sungai semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengeluarkan kompaun RM10,000 ke atas sebuah kilang makanan di Butterworth di sini selepas didapati menyebabkan sebatang anak sungai bertukar warna menjadi putih semalam.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai kejadian itu sebelum pasukannya menjejaki punca pencemaran.

“Usaha penjejakan dibuat menggunakan dron di sekitar kawasan yang disyaki terlibat.

“Sebuah kilang berasaskan makanan kemudiannya didapati gagal mengendalikan sistem pengolahan efluen industri dengan baik hingga mencemarkan parit awam dan gagal mematuhi pengurusan buangan terjadual di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2005,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kilang itu telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (efluen perindustrian) 2009 atas kesalahan tersebut.

“Pihak premis juga diarah mengambil tindakan serta-merta untuk menghentikan sebarang pelepasan efluen tanpa dirawat dan menutup semua pintasan yang dipasang secara haram di dalam premis untuk mengalirkan air sisa tanpa rawatan terus ke parit awam.

“Pihak kilang juga diarah menaik taraf sistem pengolahan efluen sedia ada dan buangan terjadual yang dihasilkan diuruskan mengikut perundangan berkaitan di bawah Peraturan Buangan Terjadual 2005,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI