fbpx

222 saman trafik pada malam Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuhaimi (kanan) memantau anggota polis melakukan ujian saringan pernafasan terhadap seorang pemandu kereta di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu malam tadi.

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengeluarkan sebanyak 222 saman terhadap pengguna jalan raya selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Sempena Ops Selamat 17/2022, Tahun Baharu Cina di seluruh negeri ini semalam.

Dalam operasi yang bermula pukul 9 malam hingga 4 pagi itu, polis telah menjalankan pemeriksaan terhadap 357 individu dan 327 buah kenderaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superitendan Shuhaimi Jusoh berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut melakukan ujian saringan pernafasan terhadap 35 pemandu kereta selepas mereka mengaku minum minuman keras ketika majlis makan besar bersama keluarga.

“Seramai 18 orang pemandu, 13 pemandu kenderaan pelbagai guna dan empat pemandu van memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menjalankan ujian selepas mereka mengaku hanya minum sikit sahaja minuman keras.

“Selepas ujian mabuk dijalankan, kesemua pemandu didapati negatif daripada mengambil minuman keras secara berlebihan,” katanya ketika ditemui pemberita ketika hadir pada Operasi Khas Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI