fbpx

Kluster baharu meningkat selepas semua sektor dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kluster tempat kerja, kluster institusi pendidikan dan kluster komuniti merekodkan peningkatan pada Minggu Epidemiologi (ME) keempat bermula 23 hingga 29 Januari lalu, selari dengan pembukaan semua sektor sosial dan sesi persekolahan.

Berdasarkan perbandingan, 19 kluster tempat kerja dilaporkan pada ME keempat berbanding 18 kluster pada ME ketiga (meningkat 5.6 peratus), 81 kluster insitusi pendidikan berbanding 62 kluster (meningkat 30.6 peratus) dan empat kluster komuniti berbanding satu kluster (meningkat 300.0 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhan sebanyak 106 kluster baharu telah dilaporkan pada ME keempat dengan satu lagi ialah kluster kumpulan berisiko tinggi melibatkan dua kluster baharu.

Menurutnya, sehingga 29 Januari lalu, sejumlah 6,399 kluster telah direkodkan dan terdapat 291 kluster masih aktif iaitu peningkatan 29.3 peratus berbanding ME ketiga serta 40 kluster tamat iaitu peningkatan 2.6 peratus berbanding ME ketiga.

“Berkenaan peningkatan kluster institusi pendidikan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi-agensi berkaitan sentiasa berusaha untuk mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) semasa dalam memastikan proses pembelajaran dapat berjalan lancar dan selamat,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI