Seorang lelaki di Rusia pernah menggemparkan apabila nekad mengahwini menu makanan popular dari Itali iaitu piza.
Lelaki berusia 20-an yang tidak didedahkan identitinya itu melangsungkan perkahwinannya dengan sekeping piza yang dipakaikan gaun di sebuah kedai menjual makanan itu yang terletak di bandar Tomsk, Rusia.
Lelaki berambut perang itu berkata, dia berbuat begitu selepas menyifatkan hubungan percintaan sesama manusia amat rumit.
“Piza tidak akan pernah menolak cinta atau mengkhianati anda dan sejujurnya saya amat mencintainya (piza),” katanya yang pernah menjadi tumpuan dunia pada tahun 2015 kerana perkahwinan aneh itu.
Baca artikel penuh di www.kosmo.com.my
KISAH perkahwinan antara manusia dengan barangan seperti periuk nasi atau patung bukan lagi sesuatu yang asing. Malah, kisah sebegitu menjadi semakin popular ketika ramai yang mula berasa sukar menemui cinta sejati dan kian berputus asa untuk menjalin cinta dengan orang.
Seorang lelaki di Rusia pernah menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di dunia sekitar tahun 2015 selepas dirinya mengambil keputusan dan nekad mengahwini satu menu makanan popular dari Itali iaitu piza.
Lelaki berusia 20-an yang tidak didedahkan identitinya itu melangsungkan perkahwinannya dengan sekeping piza di sebuah kedai menjual makanan itu yang terletak di bandar Tomsk, Rusia.
Lelaki berambut perang itu berkata, dia berbuat begitu selepas menyifatkan hubungan percintaan sesama manusia merupakan sesuatu yang amat rumit.
Dia juga mengaku sudah penat dan berputus asa kerana terlalu lama membujang.
Dia mengakui tidak menjalin hubungan yang begitu bermakna bersama isterinya itu, namun idea untuk mengahwini menu makanan enak itu timbul selepas menyedari terdapat ruang untuk memperbaiki hubungan antara dua individu.
“Pada satu tahap, saya menyedari bahawa sebahagian daripada rakan-rakan saya sering mengadu tentang kerenah pasangan mereka, manakala sebahagian lagi mengadu tentang kekurangan yang dimiliki pasangan masing-masing.
“Percintaan antara dua individu adalah sesuatu yang rumit,” katanya.

Tambah lelaki itu lagi, dia bersyukur kerana amat mencintai dan menyukai makanan, malah menganggap bahawa cintanya itu kekal stabil dan tidak akan berubah dalam apa jua situasi.
“Piza tidak akan pernah menolak cinta atau mengkhianati anda dan sejujurnya saya amat mencintainya (piza),” katanya.
Pada beberapa keping gambar perkahwinan lelaki itu, dia dapat dilihat memeluk erat sekotak piza bersaiz besar.
Malah, dia turut dirakam menandatangani sekeping kertas yang merupakan sijil tidak rasmi bagi perkahwinan mereka.
Si ‘isteri’ turut memakai selendang putih, sama seperti yang dipakai oleh pengantin wanita lain.
Majlis perkahwinan itu turut dihadiri oleh beberapa tetamu yang turut sama meraikan hari bahagia pasangan itu.

Pihak berkuasa Rusia bagaimanapun enggan mendaftarkan atau memberikan kebenaran bagi pasangan itu untuk mendaftar perkahwinan mereka di pejabat pendaftaran, malah gereja juga menolak untuk mengadakan upacara perkahwinan aneh tersebut.
Disebabkan itulah ia terpaksa diadakan di sebuah premis menjual piza tempatan di Rusia.
Status dan hubungan pasangan itu kini bagaimanapun tidak diketahui.
Sementara itu, pada awal tahun 2015, seorang wanita dari Amerika Syarikat bernama Linda turut menjadi tumpuan dunia selepas mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan sebuah permainan roller-coaster bernama Bruce.
Linda mengahwini Bruce selepas jatuh cinta dengan suaminya itu ketika bekerja di sebuah karnival permainan.














