fbpx

Remaja lembam lemas ketika mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Muhammad Faris yang lemas di sebatang sungai di Felda Chiku 1, Gua Musang hari ini. FOTO: IHSAN BOMBA

GUA MUSANG – Kegembiraan seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) lembam yang mandi sungai semasa pulang bercuti di kampung berakhir dengan tragedi apabila dia dijumpai lemas di Felda Chiku 1, di sini hari ini.

Mayat, Muhammad Faris Mohd. Zainuddin, 16, yang berasal dari Sungai Udang, Melaka ditemui pasukan penyelamat pada pukul 1.12 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd. Arifuddin Akif Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.19 tengah hari yang melaporkan seorang remaja lemas di sungai itu.

Katanya, mangsa dipercayai telah pergi ke sungai itu untuk beriadah.

“Seramai lapan anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi pada pukul 1.03 petang dan memulakan operasi mengesan mangsa.

“Mangsa dijumpai kira-kira 10 minit kemudian dan disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mayat remaja itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI