fbpx
Annuar Musa (depan) melawat studio rakaman RTM ketika menghadiri sesi temu bual bersama radio Johor.fm, di pejabat RTM Johor, Johor Bahru hari ini.

Kenyataan Hadi Awang hanya pendapat, tidak bersandar fakta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kenyataan dibuat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan kerana mengikut kehendak kluster mahkamah tidak bersandarkan fakta.

Sebalik, Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, kenyataan dibuat kepimpinan tertinggi Pas itu hanyalah satu pandangan yang berdasarkan sumber maklumat tidak sahih.

Katanya, keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu juga bukan dibuat atas kehendak peribadi Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

“Kenyataan bahawa PRN Johor dibuat adalah kerana kluster mahkamah adalah tidak tepat, saya sendiri duduk dengan kepimpinan parti dan kita semua menghormati keputusan dibuat Menteri Besar Johor dan juga menjunjung kasih perkenan Sultan Johor.

“Menteri Besar tidak buat keputusan itu secara sendirian, beliau sudah membuat perundingan dengan anggota kerajaan di peringkat pusat dan negeri, saya percaya pertimbangan mendalam telah dibuat.

“Jadi mustahil dakwaan bahawa pelaksanaan PRN Johor ini hanyalah semata-mata kerana kluster mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program temubual bersama radio Johor.fm di pejabat RTM Johor di sini hari ini. -K! ONLINE

POPULAR