fbpx

3M diarah bayar pampasan RM461 juta kepada veteran tentera AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
3M didakwa menyebabkan beberapa anggota dan veteran tentera AS mengalami masalah pendengaran. – Tentera AS

TALLAHASSEE, FLORIDA – Sebuah mahkamah di Florida mengarahkan syarikat konglomerat antarabangsa, 3M untuk membayar pampasan sebanyak AS$110 juta (RM461 juta) kepada dua veteran tentera Amerika Syarikat (AS) berhubung kerosakan pada produk penyumbat telinga sehingga menyebabkan mereka mengalami masalah pendengaran, lapor agensi berita United Press International semalam.

Ronald Sloan dan William Wayman diberikan pampasan berjumlah AS$55 juta (RM230 juta) setiap seorang sebagai pampasan dan ganti rugi punitif selepas panel  lapan juri memutuskan bahawa 3M bertanggungjawab ke atas masalah kehilangan pendengaran yang dialami mereka.

Tuntutan tersebut difailkan oleh lebih 250,000 veteran dan anggota tentera yang mendakwa bahawa mereka hilang deria pendengaran ketika memakai penyumbat telinga Combat Arms CAEv2 keluaran 3M.

Syarikat konglomerat tersebut sebelum itu telah berhenti menjual produk tersebut pada 2015 dan mendakwa bahawa penyumbat telinga itu adalah berkesan dalam beberapa situasi.

Ia juga mendakwa masalah kehilangan pendengaran tidak dapat dielakkan dalam senario pertempuran.

3M kini merancang untuk membuat rayuan bagi keputusan tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI