fbpx

Memoir Tommy Thomas: Polis rakam keterangan Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Azizah diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan berkaitan siasatan kandungan penerbitan buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness' ditulis oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

KUALA LUMPUR – Polis merakam keterangan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk membantu siasatan mengenai kandungan penerbitan buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu memberi keterangan lebih sejam bermula pukul 3.24 petang tadi ditemani peguamnya, William Leong dan anaknya, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Wan Azizah berkata, beliau diminta hadir bagi menjawab soalan berkaitan kandungan tentang penulisan buku oleh bekas Peguam Negara tersebut.

“Saya dipanggil melalui kiriman mesej oleh seorang pegawai polis yang bertugas diminta hadir ke sini untuk disoal siasat, di mana saya mesti menjawab soalan mengenai nama saya dalam buku Tommy Thomas.

“Ada empat soalan dan saya sudah menjawabnya. Berkaitan dengan pendapat Tommy Thomas, saya menjawab dengan fakta sahaja dan tidak boleh dikongsikan. Setakat ini sahaja saya boleh kongsikan,” katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sementara itu, peguam William Leong berkata, Wan Azizah dipanggil bukan untuk disiasat tetapi untuk dirakam keterangan berkenaan kandungan penerbitan buku itu.

“Saya ingin tegaskan, Wan Azizah tidak disiasat yang berkaitan penulisan buku Tommy Thomas. Dipanggil untuk memberi keterangan yang mengandungi empat soalan,” jelasnya.

Turut kelihatan, wakil rakyat hadir bersolidariti ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Yee Kew berserta kira-kira 30 orang penyokong.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan Datuk Seri Dr. Wan Azizah dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan penerbitan buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI